I made this widget at MyFlashFetish.com.

Majlis Permaufakatan 2012





Majlis Permaufakatan ibu bapa murid-murid tahun 6
 telah diadakan pada 19.1.2012 ( Khamis )
Majlis ini diadakan bertujuan memberi penerangan kepada ibu bapa penjaga murid tahun 6 tetang program tahun 6 yang telah, sedang dan akan dijalankan. Selain itu juga ibu bapa diberikan taklimat tentang hala tuju sekolah dan sasaran UPSR tahun 2012.

Kempen Anti Ponteng






Majlis pelancaran kempen Anti Ponteng peringkat sekolah telah dilancarkan pada 16 Januari 2012(Isnin).
Kempen ini bertujuan melahirkan pelajar-pelajar yang cintakan sekolah serta mengelakkan mereka daripada terjebak dengan gejala sosial.


Cikgulah HERO kami


Sape kata jadi cikgu SENANG? Bila kamu jadi cikgu..Baru kamu tau susahnye jadi cikgu.. time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE.. time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI.. time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN.. time RMT.. cikgu jd PELAYAN.. time budak pecah kepala.. cikgu jd DOKTOR.. time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR.. time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI.. ti...me persembahan hari guru.. cikgu jd PENYANYI.. time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU.. time budak muntah dlm kelas.. cikgu jd TUKANG SAPU.. time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF.. time perkhemahan.. cikgu jd MASTERCHEF.. time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM.. time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM.. time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH.. time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS.. time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK.. time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK SARKIS.. Semuanya ada pada CIKGU ….U r best teacher’s…B proud cz teacher's always best

TERIMA KASIH...

Seluruh JK PIBG SK Alor Pongsu dengan rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma yang sudi memnderma kepada PIBG SKAP melalui pembelian kalender PIBG 2012. PIBG SKAP berharap sumbangan ini dapat diteruskan bagi membantu serta menyokong program yang dirancangkan oleh PIBG. 
SELAMAT TAHUN BARU 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah