I made this widget at MyFlashFetish.com.

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KALI KE 53


Taklimat Penggunaan SisPA




Taklimat penggunaan SisPA disampaikan Oleh En. Mohd Zamri Bin Jamaludin

Tempat : Makmal komputer SKAP

Masa : 11.00 pagi

Tarikh : 13 hb Ogos 2010

FADHILAT PUASA RAMADHAN


Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)




PERTANDINGAN POWER POINT KEMERDEKAAN

Kelab Komputer akan menganjurkan Pertandingan Power Point Kemerdekaan. Pertandingan terbuka kepada semua murid tahap 2. Penyertaan secara berpasangan ( 2 orang ). Tempoh pertandingan selama 3 minggu. Syarat-syarat dan peraturan pertandingan boleh rujuk papan kenyataan Makmal Komputer.

Borang penyertaan boleh didapati makmal komputer.

PERTANDINGAN MEMASAK UNTUK AHLI KELAB DAN PERSATUAN




Unit Ko kurikulum telah menganjurkan Pertandingan Memasak Mi Goreng dan Kue Teow Goreng pada 28 Julai 2010 hari Rabu pada jam 3.30 petang untuk mengisi slot aktiviti kokurikulum. Pertandingan terbuka kepada 5 orang ahli setiap persatuan dan mendapat sambutan yang cukup baik.

Para peserta menunjukkan kemahiran masing-masing mengoreng mi dan kueteow serta menyedaikan hidangan minum petang untuk 4 orang yang lengkap dengan minuman dan pencuci mulut.
Pertandingan ini di hakimi oleh barisan para hakim terdiri daripada En Shahidan Bin Yusof
( Penolong Kanan Petang ), Ustaz Romizamrul Bin Karmajaman dan Puan Amina Bt Che Sa.

Keputusan :

Johan - Persatuan j-Qaf
Naib Johan - Persatuan Seni Dan Muzik
Ketiga - Kelab Komputer .


Tahniah kepada para pemenang.

Pertandingan Badminton Tertutup SKAP 2010


Pertandingan Badminton Tertutup SKAP 2010


Tarikh : 2 hb Oktober 2010

Hari : Sabtu

Tempat : Dewan Serbaguna Alor Pongsu

Masa : 8.00 pagi


Anjuran Persatuan Badminton SKAP

sebarang kemuskilan sila berhubung dengan En. Budiman