I made this widget at MyFlashFetish.com.



MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN DAN PERPISAHAN 2010

Pada Hari Jumaat 19 November 2010, AJK KGKT telah menganjurkan Majlis Jamuan Akhir Tahun dan Perpisahan 2010, bertempat di kantin SK Alor
Pongsu.
Antara aktiviti yang berlangsung seperti Ucapan Pengerusi Majlis Pn Juliana bt. Che Dolah, Ucapan Wakil Penasihat KGKT Pn. Hajjah Zainab bt. Husain, Ucapan Pengerusi KGKT En. Zulkipli bin Jamhari, Ucapan Guru yang dirai, Cikgu Muhammad Kamel b. M. Tamimi, Cikgu Mashitoh bt. Zakaria dan Cikgu Rozita bt. Mohd Hamil. Acara penyampa
ian cenderahati kepada guru yang berpindah telah disempurnakan oleh Pn. hajjah Zainab bt. Husain.

Di dalam majlis ini juga disampaikan cenderahati kepada Para Pengantin Baru SK A
lor Pongsu iaitu Ustaz Shahidan, Cikgu Azham dan Cikgu Noorsyamizan
manakala cikgu Noor Azah sudahpun bercuti.

Kepada guru yang berpindah kami ucapkan selamat menjalankan tugas di tempat baru dan jutaan terima kasih diatas perkhidmatan yang cemerlang telah diberikan di SK Alor Pongsu.

Kepada guru yang akan mendirikan rumahtangga di musim cuti sekolah ini kami ucapkan Selamat Pengantin Baru, Berbahagia hingga ke anakcucu.

Kepada semua Guru, staff sokongan, pekerja swasta dan murid-murid SK Alor Pongsu diucapkan Selamat Bercuti.










Selamat Jalan......

Warga SKAP mengucapkan Selamat Bertukar kepada 3 orang guru SKAP yang akan berpindah ke sekolah yang baru. Jasa kalian tetap kami ingat selama-lamanya. Selamat bertugas di sekolah yang baru dan Selamat Maju Jaya.

Cikgu Kamel
Cikgu Rozita
Cikgu Masitoh




Salam Aidiladha kepada seluruh umat Islam daripada warga SK Alor Pongsu

Hari Anugerah Kecemerlangan SKAP 2010










Hari Anugerah Kecemerlangan SKAP 2010

Masa : 8.30 pagi

Tarikh : 13 Novenber 2010

Hari : Sabtu

Syukur Alhamdulillah.....

Tiada ungkapan lain selain Syukur Alhamdullilah yang tidak terhingga kepada Allah SWT atas kehendakNya disamping usaha gigih seluruh warga SKAP membawa SKAP keluar dari Sekolah Prestasi Rendah dalam Peperiksaan UPSR 2010. Kejayaan ini merupakan kejayaan kita bersama. Teruskan usaha kita semua bagi merealisasikan visi SKAP.

UPSR 2010
Lulus Keseluruhan - 56.9%
5A - 9 Orang
4A 1B - 6 Orang


Selamat Pengantin Baru kepada warga SK Alor Pongsu yang akan mendirikan rumah tangga cuti sekolah nie..

USTAZ SHAHIDAN
NOOR AZZAH
NOR HIDAYAH
NOR SYARMIZAN
AZHAM

alon-alon kanakan.....



TAHNIAH.....

Sekalung tahniah kepada En. Zulkipli & En. Zohari atas Anugerah Gemilang 2010.



Tip Guru Yang Hebat

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Terima kasih dan tahniah kerana saya dan anda seorang guru.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian...

Makin hari dunia makin berubah. Kaedah pengajaran dulu dan sekarang tidak sama. Pelajar-pelajar makin ramai dan makin bijak. Arus perubahan bergerak makin laju. Siapa lambat, jadilah dia macam siput. marilah berlari bersama saya dan jika tuan-tuan lambat saya akan berhenti dan tendang tuan-tuan....hehe

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Anda cikgu-cikgu yang berilmu dan berpengalaman.

Kaedah pengajaran hari ini tidak cukup jika kita hanya berpandu kepada buku teks semata. Kita perlu cari nilai tambah. Yakni cikgu-cikgu boleh menambah bahan bacaan guru di pusat sumber , buku-buku, majalah , artikel mahupun di internet.

Sepanjang permerhatian dan soal-selidik saya, ada segelintir guru yang rajin ke pusat sumber. Namun tak ramai yang rajin untuk menambah bahan pembacaan. Oleh itu, cikgu perlu rajin membaca dan aplikasikan dalam set induksi. Anda guru hebat. Bacalah....

Cikgu-cikgu sekalian....

Teknologi maklumat dan aplikasi internet bergerak begitu pantas. Jadi pergerakan kita perlu seiring dengan peredaran zaman. Contoh Penggunaan Facebook. Laman web PPD, JPN dan KPM. Guru-guru hebat perlu sentiasa mengikuti perkembangan maklumat di laman web tersebut dari masa ke semasa...jangan tak tau...takut murid lebih tahu dari kita...sekurang-kurang pengetahuan kita sama dengan murid....

Saya dan anda adalah unik !

Tuan-tuan dan puan-puan....

Jika kita hendak maju dan cemerlang. Kita perlu tampil dengan personaliti yang kemas dan gaya yang positif. Kita perlu kreatuf dan kritis. Guna kaedah yang terkini untuk menyelesaikan masalah.

Guru yang hebat boleh aplikasikan maklumat dari internet dan dikongsikan dengan rakan sejawat, pihak sekolah, anak murid dan semua orang. jangan "makan sorang".

Guru yang hebat sentiasa dan selalu mencari jawapan bagi setiap persoalan. Mencari jalan dan berkongsi maklumat dengan murid atau rakan sekerja...

Guru yang hebat akan mendapat ganjaran yang tidak ternilai dari yang maha melihat. Ikhlaskan diri. Berhenti dari menyalahkan orang lain..Offerkan diri untuk membantu..Sentiasa senyum selalu

inilah perkongsian dari saya. nantikan perkongsian yang terkini dari saya...

Sekian. Terima kasih.

Semoga Beroleh Kejayaan


KURSUS BLOG





Makmal IT SKAP telah menganjurkan kursus membina blog kepada murid-murid tahun 6. Kursus berlangsung selama 2 hari mulai 2 hingga 3 Nov 2010. Peserta telah diberi pendedahan awal dan asas membina blog oleh bloger tersohor di SKAP iaitu En. Nazari Noordin dan dibantu oleh En. Mohd. Zamri Jamaludin.