I made this widget at MyFlashFetish.com.

Salam Takziah

Salam Takziah dari warga SK Alor Pongsu buat Cikgu Shaharuddin dan Cikgu Zuraidah kerana kakak dan ayahanda meraka telah kembali Kerahmatullah pada 21 & 24 Sept 2011 yang lalu.Al-Fatihah

Mesti Tonton




Majlis Bacaan Yassin Perdana





Solat Hajat dan Bacaan Yassin sempena peperiksaan UPSR 2011 telah diadakan pada 8 Sept. 2011 jam 3.00 ptg. Majlis ini telah diketuai oleh Ustaz Jamhari. Mudah-mudahan Allah SWT membuka pintu hati murid-murid Tahun 6 dan mempermudahkan mereka menjawab soalan peperiksaan UPSR yang akan mereka tempuhi kelak.


PEMANTAUAN SAPS SK ALOR PONGSU


Salam dan selamat sejahtera kepada semua warga pendidik SKAP. Untuk makluman semua Guru SKAP yang mengajar tahun 2 hingga 6. Saya telah menyemak kedalam sistem SAPS dan mendapati masih ramai lagi guru yang tidak memasukkan markah untuk Ujian 1, Ujian 2 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011.

Saya ingin ingatkan disini bahawa tarikh untuk memasukkan markah ke dalam sistem SAPS telah pun tamat pada hari semalam (tarikh sekolah). Walaupun dalam SAPS menyatakan tarikh akhir key in markah adalah 2 September 2011. Tetapi sebgai langkah berjaga-jaga, saya sebagai Su Peperiksaan Awam telah memberikan tarikh akhir untuk key in markah awal 2 hari bagi ruang dan masa untuk saya mengesahkan kesemua markah yang diisi. tetapi sehingga kesaat ini Jam 12.30 pagi tarikh 1 September 2011, masih ramai lagi guru mata pelajaran tidak key in markah.

Jadi disini saya mengambil kesempatan mengingatkan semua Guru Mata pelajaran tentang tanggungjawab kita untuk mengisi markah murid-murid di dalam sistem SAPS, tambahan lagi sistem sekolah SAPR16 , kita sudah tidak pakai. Tinggal sehari lagi untuk semua guru mata pelajaran mengisi markah di dalam sistem SAPS.

Diminta Guru kelas juga membuat pemantauan dan mengingatkan rakan-rakan yang lain.. Saya berharap semua guru dapat bekerjasama dengan saya bagi memastikan kelancaran proses mengisi markah ini. Sebarang kegagalan dan kelewatan mengisi markah mengikut tarikh yang ditetapkan akan mendatangkan masalah di lain hari.. harap maklum...

Berikut adalah List yang telah saya buat mengikut jenis peperiksaan bagi setiap subjek teras yang belum diisi markah. Untuk subjek elektif saya belum sempat buat lagi. Tapi harap guru yang mengajar subjek elektif yang ada peperiksaan juga hendaklah key in markah dalam SAPS, mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Kepada guru yang telah mengisikan markah saya ucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama anda dan juga menunjukkan yang anda seorang yang profesional. Syabas... dan Tahniah..




Pesanan daripada SU Peperiksaan Dalaman SKAP.