I made this widget at MyFlashFetish.com.

SALAM AIDILADHA




SELURUH WARGA SK ALOR PONGSU MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK SERTA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.
MAAF ZAHIR DAN BATIN



PROGRAM RIMUP SJKC  ALOR PONGSU
4 November 2011
8.00 pg - 12.00 tgh






SK Alor Pongsu telah menghantar seramai 16 orang murid Tahun 6 bagi menyertai Program RIMUP ini. Acara yang dijalankan adalah sukaneka.Peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada gabungan murid murid SK,SJKC dan SJKT. Peserta perlu bergerak dari satu stesen ke satu stesen yang lain bagi menghabiskan permainan sukaneka ini.Ternyata para peserta amat terhibur dengan aktiviti yang dijalankan. Program ini telah dirasmikan secara bersama oleh Guru Besar SJKC Alor Pongsu, Guru Besar SK Alor Pongsu dan Guru Besar SJKT Arumugam Pillai.


(p/s : GB  dapat beg Angry Birds tau... )

SPPBS


Salam sejahtera. Didoakan agar semua guru sihat walafiat dan dilindungi Allah S.W.T di samping keluarga tersayang.

Jika makluman terdahulu berkaitan SAPS ditujukan kepada semua guru, kali ini makluman ditujukan kepada semua guru yang mengajar tahun 1 sahaja. Kepada guru yang mengajar tahun satu, bolehlah masuk ke laman web http://apps.moe.gov.my/sppbs/ untuk mengisi keputusan prestasi murid-murid tahun 1.

Diharap semua guru mata pelajaran tahun 1 dapat mengisi keputusan prestasi murid dengan lengkap, sebelum cuti sekolah bermula....

Terima kasih cikgu......

TARIKH AKHIR KEY IN MARKAH PAT DALAM SAPS PADA 19 NOVEMBER 2011.


Salam sejahtera kepada semua warga pendidik SK Alor Pongsu. Di doakan semuanya berada di dalam keadaan yang sihat walafiat dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah S.W.T.

Makluman yang ingin dikongsi bersama kali ini adalah berkaitan dengan tarikh key-in markah Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) 2011 dalam SAPS. Guru-guru mata pelajaran tahun 2,3,4 dan 6 dikehendaki mengisi markah sebelum 19 Novembner 2011 bagi mata pelajaran teras dan elektif untuk kerja-kerja pemantauan peringkat tertinggi di  peringkat PPD dan juga kementerian (NKRA).

Guru-guru mata pelajaran juga dikehendaki mengisi markah TOV, jika masih belum mengisinya. Bagi guru yang telah mengisi markah TOV pada peperiksaan pertengahan tahun dahulu, tidak perlu mengisinya lagi sekali.

Markah TOV diambil dari markah peperiksaan akhir tahun lepas. Jika ada guru yang tidak ada markah TOV, silalah semak semula analisa peperiksaan akhir tahun lepas (tahun 2010).

Ucapan jutaan terima kasih kepada semua guru mata pelajaran teras dan elektif tahun 5 yang telah selesai memasukkan markah Peperiksaan Akhir Tahun pada 2 November 2011 yang lalu. Syabas diucapkan......

Jadi sekalai lagi ingin saya ingatkan bahawa semua guru mata pelajaran yang mengisi markah PAT sila semak semula status kemasukkan markah TOV, sudah selesai atau belum?. Markah TOV mesti diisi bagi memudahkan kerja-kerja mengemaskini markah PAT.

Guru-guru mata pelajaran juga diingatkan untuk mengisi markah PAT di dalam SAPR16 (off-line) sebagai backup data. Guru kelas akan print slip keputusan pelajar mengikut gred bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2011 untuk ditandatangani oleh ibubapa atau waris pelajar. Pihak sekolah juga menggunakan keputusan PAT ini sebagai tanda aras untuk pemilihan pelajar pada hari Anugerah nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua warga guru yang memeri kerjasama yang baik sekali kepada SU Peperiksaan Dalaman sehingga semua due date dapat dipatuhi.. Sila layari laman web SAPS  @ http://saps.moe.gov.my/access-denied.php utnuk tindakkan seterusnya.


Terima Kasih Cikgu.......

HARI KEMUNCAK KOKURIKULUM 2 NOVEMBER 2011.


Hari ini telah berlangsungnya Hari Kemuncak Kokurikulum Tahun 2011. Semua persatuan unit beruniform mengambil bahagian. Pelbagai acara telah disusun sempena program ini.  Ada senam robik, pertandingan membuat gajet, memasang dan meruntuhkan khemah, memasak, persembahan dan acara penyampaian hadiah.

Syabas kepada penganjur serta tenaga pengajar yang turut sama menjayakan program ini. Apa pun sepanjang aktiviti berlangsung semua pelajar dan guru nampak enjoy dan meriah sekali. Terima kasih kepada Nora katering yang menyediakan makanan untuk guru-guru dan Tak ketinggalan kepada unit ICT yang menyediakan sistem siaran yang tercanggih abad ini di SKAP. 

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat...