I made this widget at MyFlashFetish.com.

SELAMAT BERCUTI......


Jika Hari Ini......

video







Jika Ditimpa Musibah


بسم الله الرحمن الرحيم

Apakah yang akan kita lakukan jika ditimpa sesuatu musibah? Musibah ialah apabila sesuatu perkara yang buruk berlaku menimpa kita. Misalnya ahli keluarga kemalangan, barang berharga dirompak, anak terlibat dengan dadah dan sebagainya. Apakah yang akan kita perbuat ketika itu? Adakah kita akan mengambil sikap menceritakan kepada semua orang yang berjumpa kita? Adakah ketika itu pun kita pun mempamerkan sikap kecewa, tidak berpuas hati dan kesedihan atas apa yang telah berlaku. "Barang saya hilang.....anak saya terlibat dengan dadah..." dan sebagainya.
www.familiazam.com
Sikap suka menceritakan kesusahan atau musibah yang menimpa diri secara tak langsung memperlihatkan sikap kita memprotes takdir Tuhan. Apakah dengan sikap suka menceritakan kesusahan ini boleh menyelesaikan masaalah? Sejauh mana kawan-kawan yang mendengar dapat menolong sedangkan mereka juga makhluk Allah yang juga banyak masaalahnya.
www.familiazam.com
Sekiranya kita ditimpa musibah, tempat yang paling baik kita mengadu ialah kepada Allah SWT. Kita bangun malam, bersolat tahajud. Kemudian menangis dan merintih kepada Allah kerana Dialah sebaik-baik tempat pengaduan. Kita mesti yakin Dia sahaja yang dapat menolong. Oleh itu, apabila ditimpa musibah, sebutlah seperti apa yang Allah firmankan di dalam Al Quran iaitu: orang-orang yang ditimpa musibah mengucapkan "INNALILAHI WA INNA ILAHI RAAJIUN" (Surah Al Baqarah : Ayat 156). Nabi juga berpesan jika ditimpa musibah, supaya ditambahkan pula dengan doa: "Ya Allah, berikanlah kepadaku pahala dalam musibah ini, dan gantikanlah aku dengan yang lebih baik daripadanya".
www.familiazam.com
Malangnya zikir ini disalah ertikan. Ramai dikalangan kita membaca zikir ini ketika diberitahu tentang kematian sesaorang, sedangkan kita boleh membacanya apabila ditimpa musibah dalam bentuk lain.
www.familiazam.com
Pernah Ummu Salamah yang telah tua (hampir 70 tahun) kematian suaminya Abu Salamah. Dia merasa sungguh sedih kerana terlalu sayang kepada suaminya ini. Siang dan malam matanya tidak boleh tidur. Tiba-tiba dia teringat suaminya pernah memberitahu, jika ditimpa sesuatu musibah Nabi Muhammad SAW mengajarkan membaca zikir seperti disebutkan tadi. Ummu Salamah terus membacanya siang dan malam. Selepas habis edahnya, dia dilamar oleh Syaidia Abu Bakar r.a, tetapi ditolaknya.
www.familiazam.com
Kemudian Ummu Salamah dilamar Syaidina Umar Ibni Al Khattab, namun dia menolak lamaran itu. Akhirnya Rasulullah menghantar orang untuk melamarnya, namun dia menolak dengan alasan sudah terlalu tua, ramai anak dan pencemburu orangnya. Namun Rasulullah tidak keberatan, mka berlangsunglah perkahwinan Ummu Salamah dengan manusia yang paling baik didunia sebagaimana permintaannya di dalam zikirnya sebelum ini.
www.familiazam.com
Oleh itu, sekiranya kita ditimpa musibah, bersabarlah dan redha disamping membaca zikir tadi. Yakinlah bahawa Allah sentiasa mendengar apa yang terlintas dihati kita dan sentiasa bersama kita.

SEMOGA BERJAYA


SAMBUTAN HARI GURU SKAP 2011







video

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK
TERIMA KASIH CIKGU


SELAMAT HARI GURU

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU YANG KE 40
"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Program Ziarah Hari Guru







Program Ziarah PPD Kerian bersama warga pendidikan Kerian ke rumah Cikgu Saidi b Majid guru SK Alor Pongsu yang menghidapi penyakit kencing manis. Warga SK Alor Pongsu Mengucapkan Selamat Hari Guru dan kami semua mendoakan semoga cikgu Saidi cepat sembuh dan kembali bertugas.
-Sumber daripada galeri foto PPD Kerian-