I made this widget at MyFlashFetish.com.

PEPERIKSAAN PRA UPSR DAN UPPM2 PADA 9-11 OGOS 2011.




Selamat menduduki peperiksaan diucapkan kepada semua pelajar SK Alor Pongsu. Peperiksaan Pra UPSR tahun 6 akan berjalan serentak dengan Ujian Penilaian Pencapaian Murid 2 bagi tahun 2,3,4 dan 5 pada 9,10 dan 11 Ogos 2011. Pelajar tahun 1 akan menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah mengikut instrument yang akan disediakan oleh guru-guru matapelajaran tahun 1.

Soalan Pra UPSR, di beli dari MGB manakala soalan teras dan elektif yang lain hendaklah digubal seperti jadual yang di lampirkan di bawah:



Dimohon Guru-Guru penggubal soalan dapat menepati tarikh yang telah ditetapkan untuk penyerahan soalan kepada Ketua Panitia masing-masing bagi tujuan semakan.

Seterusnya soalan ini akan diserahkan kepada SU Peperiksaan Dalaman pada hari berikutnya untuk tujuan disahkan oleh pihak pentadbiran. Proses pencetakkan soalan akan di lakukan pada hari keesokkannya oleh syarikat yang telah dipertanggungjawabkan.

Semua markah peperiksaan Pra UPSR dan UPPM 2 (TERAS DAN ELEKTIF) bolehlah di key in didalam sistem SAPS di dalam ujian ke 2.

Harap mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua guru.

LADP SKAP KALI KE-3, 2011.

Hari ini 30 July 2011, jam 8.00 pagi bertempat di makmal komputer telah berlangsungya Latihan Dalam Perkhidmatan (LADP) kali ke-3. Terdapat 3 slot utama pada kali ini yang di mulai dengan slot 1 oleh En. Kamaruzaman bin Ishak bertajuk "Pentaksiran Tahun 1 KSSR". Slot kedua dijalankan oleh En. Mohd Zamri bin Jamaludin bertajuk "Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)". Manakala slot ke-3 dibentangkan oleh Pn. Noorrezan bt. Othman bertajuk "Analisis Item". Pengerusi majlis kali ini ialah Pn. Norhidayah binti Said.


Program LADP pada hari ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh PK1 Pn. Hajjah Zainon yang menggantikan Guru besar En. Yeop yang tidak dapat hadir diatas sebab ada kematian .


Slot pertama disampaikan oleh En. Kamaruzaman

Slot ke-2 disampaikan oleh En. Mohd Zamri


Slot ke-3 disampaikan oleh Pn. Noorrezan.

Para peserta LADP kali Ke-3.









InsyaAllah..5A Dalam Genggaman





Syukur kepada Allah SWT kerana telah memberikan kejayaan kepada murid-murid Tahun 6 serta kejayaan kepada sekolah dalam pencapaian Peperiksaan Percubaan UPSR 2011 yang lalu. SK Alor Pongsu telah mencatat peratus kelulusan sebanyak 74%. Kejayaan ini adalah berkat ketekunan, kesungguhan dan doa dari semua guru, ibubapa dan pelajar. Tahniah Kepada Semua.
Teruskan Usaha Anda.Pastikan 5A Dalam Genggaman

JOHAN TILAWAH KEBANGSAAN

TAHNIAH

Adik Nursyiffa Izzati bt Zainal dari kelas pendidikan khas SK Alor Pongsu telah dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kategori murid pendidikan khas yang telah diadakan pada 19-21 Julai 2011 bertempat di Port Dickson Negeri Sembilan. Pihak sekolah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahnian dan terima kasih kerana telah mengharumkan nama sekolah.

Jamuan Meraikan 3 Dalam 1






Satu jamuan telah diadakan di kantin SK Alor Pongsu pada 28 Julai 2011. Jamuan ini adalah untuk meraikan 3 orang guru SK Alor Pongsu yang telah bertukar ke sekolah lain. Mereka adalah Pn. Hajah Zainab yang bertukar ke SK Titi Serong sebagai PK 1, En Fauzi dan Cik Norhayati ke SK Parit Hj Wahab. Jamuan ini juga adalah untuk meraikan kedatangan guru guru baru ke SK Alor Pongsu. Akhir sekali jamuan ini bertujuan untuk meraikan ketibaan bulan Ramadhan yang bakal disambut InsyaAllah pada minggu hadapan.

Kibarkan Jalur Gemilang




Selamat menyambut hari kemerdekaan kali ke 54


Bendera-Malaysia1.gif





















Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


TAHNIAH

Sekalung Tahniah kepada 5 orang warga SKAP yang telah terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2011

Mohd Zamri b Jamaludin
Santhi a/p Manogaran
Hjh. Rahilah binti Hj Mujini
Rosidah binti Ismail
Fadliah binti Sabli

Portal Pendidikan Sains Angkasa

Klik pada Banner untuk terus ke Portal Pendidikan Sains Angkasa

Organisasi PPD Kerian 2011


RIMUP 2011 - Modul Akademik









Satu program RIMUP Modul Akademik ( Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ) telah diadakan di SK Alor Pongsu selama 2 hari bermula 15 Julai 2011 dan berakhir 16 Julai 2011. Peserta program terdiri daripada 42 orang murid yang terpilih dari 3 buah sekolah iaitu SK Alor Pongsu, SJKC Alor Pongsu dan SJKT Arumugam Pillai. Pecahan peserta pula adalah seperti berikut , 24 orang dari SK Alor Pongsu, 13 orang dari SJKC Alor Pongsu dan 5 orang dari SJKT Arumugam Pillai.Pengisian program dimulakan dengan sesi "ice breaking " dan seterusnya peserta diberi bimbingan serta panduan dalam menguasai kemahiran matapelajaran teras UPSR iaitu Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program RIMUP ini.






TAKLIMAT KSSR DAN SISTEM PENGURUSAN PENTAFSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS).

Tanggal 15 Julai 2011, jam 8.40 hingga 9.10 pagi, bertempat di Makmal Komputer telah berlangsungnya Taklimat KSSR dan SPPBS.

Taklimat yang dikendalikan oleh En. Kamaruzaman bin Ishak (KSSR) dan En. Mohd Zamri bin Jamaludin (SPPBS) dengan dihadiri oleh guru-guru tahun 1 seramai 11 orang dan wakil pihak pentadbiran 3 orang.

Taklimat ini berlangsung dengan lancar sekali, sehinggakan ada guru tahun 1 tidak sabar-sabar lagi untuk menggunakan sistem yang telah diperkenalkan.

Diharap dengan taklimat ini dapat memberi pendedahan dan pengetahuan secukupnya kepada guru-guru tahun satu sebagai perintis kepada sistem yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat.










Larian Serentak 1m 1s 1Malaysia


video

Hari Permaufakatan Ibubapa Pelajar UPSR 2011





Majlis permaufakatan UPSR telah diadakan pada 30 Jun 2011.Majlis ini bertujuan memberikan info kepada ibubapa/penjaga murid UPSR2011 berkenaan dengan program UPSR yang telah, sedang dan akan dijalankan bagi memastikan prestasi murid dapat dipertingkatkan.

Lawatan Pegawai Pelajaran Daerah Kerian



Lawatan kerja Pegawai Pelajaran Daerah Kerian ke SK Alor Pongsu pada 27 Jun 2011