I made this widget at MyFlashFetish.com.

PEPERIKSAAN PRA UPSR DAN UPPM2 PADA 9-11 OGOS 2011.




Selamat menduduki peperiksaan diucapkan kepada semua pelajar SK Alor Pongsu. Peperiksaan Pra UPSR tahun 6 akan berjalan serentak dengan Ujian Penilaian Pencapaian Murid 2 bagi tahun 2,3,4 dan 5 pada 9,10 dan 11 Ogos 2011. Pelajar tahun 1 akan menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah mengikut instrument yang akan disediakan oleh guru-guru matapelajaran tahun 1.

Soalan Pra UPSR, di beli dari MGB manakala soalan teras dan elektif yang lain hendaklah digubal seperti jadual yang di lampirkan di bawah:



Dimohon Guru-Guru penggubal soalan dapat menepati tarikh yang telah ditetapkan untuk penyerahan soalan kepada Ketua Panitia masing-masing bagi tujuan semakan.

Seterusnya soalan ini akan diserahkan kepada SU Peperiksaan Dalaman pada hari berikutnya untuk tujuan disahkan oleh pihak pentadbiran. Proses pencetakkan soalan akan di lakukan pada hari keesokkannya oleh syarikat yang telah dipertanggungjawabkan.

Semua markah peperiksaan Pra UPSR dan UPPM 2 (TERAS DAN ELEKTIF) bolehlah di key in didalam sistem SAPS di dalam ujian ke 2.

Harap mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua guru.

0 comments: