I made this widget at MyFlashFetish.com.

RIMUP 2011 - Modul Akademik









Satu program RIMUP Modul Akademik ( Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ) telah diadakan di SK Alor Pongsu selama 2 hari bermula 15 Julai 2011 dan berakhir 16 Julai 2011. Peserta program terdiri daripada 42 orang murid yang terpilih dari 3 buah sekolah iaitu SK Alor Pongsu, SJKC Alor Pongsu dan SJKT Arumugam Pillai. Pecahan peserta pula adalah seperti berikut , 24 orang dari SK Alor Pongsu, 13 orang dari SJKC Alor Pongsu dan 5 orang dari SJKT Arumugam Pillai.Pengisian program dimulakan dengan sesi "ice breaking " dan seterusnya peserta diberi bimbingan serta panduan dalam menguasai kemahiran matapelajaran teras UPSR iaitu Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program RIMUP ini.






0 comments: