I made this widget at MyFlashFetish.com.

TAKLIMAT KSSR DAN SISTEM PENGURUSAN PENTAFSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS).

Tanggal 15 Julai 2011, jam 8.40 hingga 9.10 pagi, bertempat di Makmal Komputer telah berlangsungnya Taklimat KSSR dan SPPBS.

Taklimat yang dikendalikan oleh En. Kamaruzaman bin Ishak (KSSR) dan En. Mohd Zamri bin Jamaludin (SPPBS) dengan dihadiri oleh guru-guru tahun 1 seramai 11 orang dan wakil pihak pentadbiran 3 orang.

Taklimat ini berlangsung dengan lancar sekali, sehinggakan ada guru tahun 1 tidak sabar-sabar lagi untuk menggunakan sistem yang telah diperkenalkan.

Diharap dengan taklimat ini dapat memberi pendedahan dan pengetahuan secukupnya kepada guru-guru tahun satu sebagai perintis kepada sistem yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat.










0 comments: