I made this widget at MyFlashFetish.com.

15 Tip Pemimpin Disukai Ramai

1. Ikhlas

Pemimpin yang ikhlas dekat di hati rakyat. Keikhlasan pasti diuji Allah. Hanya pemimpin yang diredai Allah sahaja yang akan berjaya melepasi ujian. Buah keikhlasan yang tercerna seperti tidak mengharapkan pujian, mengabaikan kejian, tidak berdendam dan lain-lain lambat laun tetap dinilai oleh rakyat.

2.Berkata benar

Pemimpin yang tetap berkata benar walau dalam apa jua keadaan merupakan seorang yang jujur. Orang yang jujur disukai kawan dan lawan.

Pepatah Melayu mengatakan,

‘Siakap senohong, Gelama ikan duri,

Bercakap bohong, Lama-lama mencuri.’

Realiti ini disedari sejak dahulu. Justeru terungkaplah pepatah seperti di atas. Mutakhir ini, banyak sudah dibuktikan pemimpin yang suka berbohong dengan rakyat akhirnya mencuri dan merompak harta rakyat secara profesional. Pemimpin yang suka berbohong walau sekali tidak boleh dipercayai untuk menjaga kebajikan rakyat.

3. Amanah & Bertanggungjawab

Ciri-ciri ini menyebabkan hak-hak rakyat ditunaikan dengan baik. Rakyat yang dapat merasai ‘air tangan’ pemimpin mereka akan mengasihi pemimpin tersebut.

4. Cintakan Ilmu

Umar al-Khattab pernah berkata, ‘Berilmulah kamu sebelum kamu memimpin’. Ilmu pengetahuan merupakan tonggak kepimpinan khususnya dalam bidang yang dipimpin. Zaman kontemporari ini mengiktiraf ijazah sebagai pengukur keilmuan seseorang. Namun yang lebih penting ialah buah kepada ilmu yang dipelajari dalam bentuk amalan dan pengalaman. Ia juga dapat menjamin rakyat daripada teraniaya oleh sikap-sikap berlandaskan kejahilan.

5. Mahir berkomunikasi

Buku ‘Bakat Dan Kemahiran Memimpin’ tulisan Ainon Mohd & Abdullah Hassan, halaman 20 mendefinisikan kemahiran berkomunikasi ialah kemahiran menggunakan bahasa untuk menimbulkan kesan positif ke atas hubungan sesama manusia. Khususnya antara pemimpin dan individu yang dipimpinnya.

Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan yang sangat penting dalam hubungan antara pemimpin dan rakyat. Bahasa komunikasi yang tampan akan menyebabkan seseorang pemimpin dipandang menarik walaupun fizikalnya kurang menarik.

6. Menepati Janji

Lazim bagi pemimpin di era demokrasi berpilihanraya mengemukakan pelbagai janji. Sesetengah pemimpin tidak suka berjanji namun melaksanakan apa jua projek yang menguntungkan rakyat. Sesetengahnya pula suka berjanji. Justeru bagi pemimpin yang sudah melontarkan janji, adalah penting mereka menepati janji-janji yang dibuat. Pemimpin yang menepati janji dipercayai ramai seterusnya disukai oleh rakyat. Rakyat tidak akan ragu-ragu untuk terus memberi mandat kepada pemimpin begini.

Sikap menepati janji juga menyebabkan seseorang akan berfikir dahulu apakah dia mampu menunaikan janji yang akan dibuat. Sekiranya tidak, mereka tidak akan menabur janji-janji kosong sehingga akhirnya rakyat merasa kecewa dan integriti pemimpin juga merudum.

7. Tetap pendirian

Tetap pendirian yang dimaksudkan ialah pada perkara kebenaran sahaja. Kebenaran yang datangnya dari Allah dan bukannya menurut kemahuan manusia semata-mata.

8.Memahami waqi’ dan fleksibiliti

Waqi’ ialah persekitaran semasa yang senantiasa berubah. Ia merangkumi suasana politik, ekonomi dan aspirasi majoriti rakyat. Kemampuan memahami keadaan dan menyesuaikan diri dengan keperluan rakyat menjadikan pemimpin begini diterima ramai.

9. Berwawasan jauh

Pemimpin yang berwawasan jauh sama ada untuk duniawi, lebih-lebih lagi ukhrawi akan senantiasa terpimpin keputusan dan tindakannya. Ia juga sentiasa mengambil kira keuntungan jangka panjang bagi rakyatnya sama ada di dunia mahupun akhirat. Justeru maslahah umum menjadi keutamaan.

10. Berhati-hati

Berhati-hati dalam membuat keputusan atau bercakap menjadikan seseorang pemimpin dihormati. Dia juga selalunya bertindak berdasarkan hujjah atau rasional yang jelas sahaja serta menjauhi perkara yang meragukan. Sikap ini disukai ramai kerana ia menunjukkan pemimpin tersebut tidak mudah dimanipulasikan oleh mereka yang berkepentingan.

11. Mengutamakan hak rakyat lebih dari kepentingan diri

Justeru rakyat akan merasa hak-hak mereka terbela dan tenang melayari kehidupan seharian. Sudah tentu bertambah kasih mereka kepada pemimpin yang mengambil berat hal ehwal mereka melebihi diri sendiri.

12.Zuhud

Zuhud mampu memagari seseorang pemimpin dari mengambil atau mengguna hak rakyat tanpa kebenaran walau satu sen. Justeru harta dan aset kepunyaan ramai akan dipelihara dengan baik. Rakyat juga akan menyayangi pemimpin yang zuhud bahkan mengagumi mereka.

13.Sabar

Berhadapan pelbagai ragam orang ramai menuntut kesabaran yang tinggi. Pemimpin yang penyabar mampu menangani setiap permasalahan rakyat dengan rasional.

14. Merendah diri

Merendah diri atau tawaduk dicintai Allah, disukai manusia. Allah mengangkat darjat hamba yang tawaduk serta membayar ‘cash’ hamba yang sombong lagi bongkak. Allah menyatakan melalui hadis Qudsi bahawa kesombongan dan takabbur merupakan pakaian zatNya. Maka pasti dibalas sesiapa jua yang mengambil sifat khusus untuk Allah tersebut.

15. Banyak mengingati mati

Semua agama percaya pada kehidupan selepas mati. Justeru pemimpin yang banyak mengingati mati dan takutkan Tuhan akan terkawal tingkahlakunya, produktif dalam memberi khidmat dan tidak berkira dengan rakyatnya. Sentiasa ingat mati juga membantu pemimpin konsisten dengan kebajikan dan menjauhi perkara yang merugikan rakyat.


SALAM MAULIDURASUL



Majlis Pemaufakatan & Penyerahan Mentor Menti











Majlis permaufakatan Ibu Bapa murid tahun 6 bersama pihak sekolah telah diadakan pada 27 Januari 2011. Dalam majlis tersebut semua pelajar Tahun 6 telah diberikan Ibu Bapa angkat dalam program Mentor menti. Harapan pihak sekolah dengan perlaksanaan program ini akan dapat memantapkan lagi murid-murid tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR tahun 2011, insaallah.





Persaraan Pn Ong Ah Fan

















SELAMAT BERSARA, TERIMA KASIH ATAS SEGALA PENGORBANANMU, SEMOGA BERBAHAGIA BERSAMA KELUARGA TERSAYANG
PN. ONG AH FAN 1978 HINGGA 2011