I made this widget at MyFlashFetish.com.

Majlis Penyampaian Duit Raya.

Pada 26 Ogos 2011, bertempat di dewan SKAP, telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Duit Raya kepada semua murid SKAP.




















Majlis Khatam Quran, Berbuka Puasa dan Solat Tarawih Warga SKAP 2011.


Pada 24 Ogos 2011, telah berlangsungnya Majlis Khatam Quran, Berbuka Puasa dan Solat Trawikh di SKAP yang dianjurkan oleh Persatuan Agama Islam.

Berikut adalah beberapa gambar di sepanjang majlis tersebut:






Salam Syawal


SELURUH WARGA SK ALOR PONGSU MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK SERTA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.MAAF ZAHIR DAN BATIN.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

MERDEKA !
MERDEKA !
MERDEKA !


Tragedi Ramadan

‘Saya dah serik main mercun’


MOHD. Faizal Mat Sani menunjukkan jari tangan kanannya yang terpaksa dibalut akibat letupan mercun bola buatan sendiri di Kampung Wawasan Indah Bukit Merah, Bagan Serai, Perak semalam.


BAGAN SERAI 23 Ogos – “Saya tidak mahu main mercun lagi. Saya dah serik,” kata Mohd. Faizal Mat Sani, mangsa mercun bola buatan sendiri.

Kanak-kanak berusia 7 tahun itu cedera di jari tangan kanan apabila mercun bola meletup ketika bermain bersama abangnya, Mohd. Faris, 13, di rumah mereka di Kampung Wawasan Indah Bukit Merah dekat sini kelmarin.

Murid Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu itu tidak menyangka mercun tersebut akan meletup dengan begitu cepat.

“Saya ingat sempat untuk membaling mercun itu namun ia tiba-tiba meletup,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini tidak ceria kerana terpaksa berhari raya dengan tangan berbalut.

Sementara itu, bapanya, Mohd. Sani Ishak, 40, berkata, ketika kejadian dia sedang bertugas di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran.

Katanya, dia bergegas pulang ke rumah sebaik dimaklumkan kejadian itu dan membawa anaknya mendapat rawatan di klinik berhampiran.

“Syukur kecederaan tidak berapa serius tetapi akibat kecederaan itu dia sukar untuk makan, menulis dan sebagainya,” katanya.


MAJLIS SUMBANGAN KWAPM & HARI RAYA








Bacaan Yassin Perdana




Di mana ada kemahuan di situ ada jalan..





Projektor LCD sedang dibaik pulih. P & P perlu diteruskan. Terima kasih kepada Cikgu Budiman dan Encik Azlan dari unit ICT SK Alor Pongsu di atas usaha yang telah dilakukan untuk melancarkan P & P guru guru SK Alor Pongsu. Jasamu dikenang.