I made this widget at MyFlashFetish.com.

TARIKH AKHIR KEY IN MARKAH PAT DALAM SAPS PADA 19 NOVEMBER 2011.


Salam sejahtera kepada semua warga pendidik SK Alor Pongsu. Di doakan semuanya berada di dalam keadaan yang sihat walafiat dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah S.W.T.

Makluman yang ingin dikongsi bersama kali ini adalah berkaitan dengan tarikh key-in markah Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) 2011 dalam SAPS. Guru-guru mata pelajaran tahun 2,3,4 dan 6 dikehendaki mengisi markah sebelum 19 Novembner 2011 bagi mata pelajaran teras dan elektif untuk kerja-kerja pemantauan peringkat tertinggi di  peringkat PPD dan juga kementerian (NKRA).

Guru-guru mata pelajaran juga dikehendaki mengisi markah TOV, jika masih belum mengisinya. Bagi guru yang telah mengisi markah TOV pada peperiksaan pertengahan tahun dahulu, tidak perlu mengisinya lagi sekali.

Markah TOV diambil dari markah peperiksaan akhir tahun lepas. Jika ada guru yang tidak ada markah TOV, silalah semak semula analisa peperiksaan akhir tahun lepas (tahun 2010).

Ucapan jutaan terima kasih kepada semua guru mata pelajaran teras dan elektif tahun 5 yang telah selesai memasukkan markah Peperiksaan Akhir Tahun pada 2 November 2011 yang lalu. Syabas diucapkan......

Jadi sekalai lagi ingin saya ingatkan bahawa semua guru mata pelajaran yang mengisi markah PAT sila semak semula status kemasukkan markah TOV, sudah selesai atau belum?. Markah TOV mesti diisi bagi memudahkan kerja-kerja mengemaskini markah PAT.

Guru-guru mata pelajaran juga diingatkan untuk mengisi markah PAT di dalam SAPR16 (off-line) sebagai backup data. Guru kelas akan print slip keputusan pelajar mengikut gred bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2011 untuk ditandatangani oleh ibubapa atau waris pelajar. Pihak sekolah juga menggunakan keputusan PAT ini sebagai tanda aras untuk pemilihan pelajar pada hari Anugerah nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua warga guru yang memeri kerjasama yang baik sekali kepada SU Peperiksaan Dalaman sehingga semua due date dapat dipatuhi.. Sila layari laman web SAPS  @ http://saps.moe.gov.my/access-denied.php utnuk tindakkan seterusnya.


Terima Kasih Cikgu.......

0 comments: