I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tip Guru Yang Hebat

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Terima kasih dan tahniah kerana saya dan anda seorang guru.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian...

Makin hari dunia makin berubah. Kaedah pengajaran dulu dan sekarang tidak sama. Pelajar-pelajar makin ramai dan makin bijak. Arus perubahan bergerak makin laju. Siapa lambat, jadilah dia macam siput. marilah berlari bersama saya dan jika tuan-tuan lambat saya akan berhenti dan tendang tuan-tuan....hehe

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Anda cikgu-cikgu yang berilmu dan berpengalaman.

Kaedah pengajaran hari ini tidak cukup jika kita hanya berpandu kepada buku teks semata. Kita perlu cari nilai tambah. Yakni cikgu-cikgu boleh menambah bahan bacaan guru di pusat sumber , buku-buku, majalah , artikel mahupun di internet.

Sepanjang permerhatian dan soal-selidik saya, ada segelintir guru yang rajin ke pusat sumber. Namun tak ramai yang rajin untuk menambah bahan pembacaan. Oleh itu, cikgu perlu rajin membaca dan aplikasikan dalam set induksi. Anda guru hebat. Bacalah....

Cikgu-cikgu sekalian....

Teknologi maklumat dan aplikasi internet bergerak begitu pantas. Jadi pergerakan kita perlu seiring dengan peredaran zaman. Contoh Penggunaan Facebook. Laman web PPD, JPN dan KPM. Guru-guru hebat perlu sentiasa mengikuti perkembangan maklumat di laman web tersebut dari masa ke semasa...jangan tak tau...takut murid lebih tahu dari kita...sekurang-kurang pengetahuan kita sama dengan murid....

Saya dan anda adalah unik !

Tuan-tuan dan puan-puan....

Jika kita hendak maju dan cemerlang. Kita perlu tampil dengan personaliti yang kemas dan gaya yang positif. Kita perlu kreatuf dan kritis. Guna kaedah yang terkini untuk menyelesaikan masalah.

Guru yang hebat boleh aplikasikan maklumat dari internet dan dikongsikan dengan rakan sejawat, pihak sekolah, anak murid dan semua orang. jangan "makan sorang".

Guru yang hebat sentiasa dan selalu mencari jawapan bagi setiap persoalan. Mencari jalan dan berkongsi maklumat dengan murid atau rakan sekerja...

Guru yang hebat akan mendapat ganjaran yang tidak ternilai dari yang maha melihat. Ikhlaskan diri. Berhenti dari menyalahkan orang lain..Offerkan diri untuk membantu..Sentiasa senyum selalu

inilah perkongsian dari saya. nantikan perkongsian yang terkini dari saya...

Sekian. Terima kasih.

0 comments: