I made this widget at MyFlashFetish.com.

RIMUP 2011 - Modul Akademik









Satu program RIMUP Modul Akademik ( Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ) telah diadakan di SK Alor Pongsu selama 2 hari bermula 15 Julai 2011 dan berakhir 16 Julai 2011. Peserta program terdiri daripada 42 orang murid yang terpilih dari 3 buah sekolah iaitu SK Alor Pongsu, SJKC Alor Pongsu dan SJKT Arumugam Pillai. Pecahan peserta pula adalah seperti berikut , 24 orang dari SK Alor Pongsu, 13 orang dari SJKC Alor Pongsu dan 5 orang dari SJKT Arumugam Pillai.Pengisian program dimulakan dengan sesi "ice breaking " dan seterusnya peserta diberi bimbingan serta panduan dalam menguasai kemahiran matapelajaran teras UPSR iaitu Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program RIMUP ini.






TAKLIMAT KSSR DAN SISTEM PENGURUSAN PENTAFSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS).

Tanggal 15 Julai 2011, jam 8.40 hingga 9.10 pagi, bertempat di Makmal Komputer telah berlangsungnya Taklimat KSSR dan SPPBS.

Taklimat yang dikendalikan oleh En. Kamaruzaman bin Ishak (KSSR) dan En. Mohd Zamri bin Jamaludin (SPPBS) dengan dihadiri oleh guru-guru tahun 1 seramai 11 orang dan wakil pihak pentadbiran 3 orang.

Taklimat ini berlangsung dengan lancar sekali, sehinggakan ada guru tahun 1 tidak sabar-sabar lagi untuk menggunakan sistem yang telah diperkenalkan.

Diharap dengan taklimat ini dapat memberi pendedahan dan pengetahuan secukupnya kepada guru-guru tahun satu sebagai perintis kepada sistem yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat.










Larian Serentak 1m 1s 1Malaysia



Hari Permaufakatan Ibubapa Pelajar UPSR 2011





Majlis permaufakatan UPSR telah diadakan pada 30 Jun 2011.Majlis ini bertujuan memberikan info kepada ibubapa/penjaga murid UPSR2011 berkenaan dengan program UPSR yang telah, sedang dan akan dijalankan bagi memastikan prestasi murid dapat dipertingkatkan.

Lawatan Pegawai Pelajaran Daerah Kerian



Lawatan kerja Pegawai Pelajaran Daerah Kerian ke SK Alor Pongsu pada 27 Jun 2011